Seorang ahli genetik dan
pembiak kucing diCalifornia mencuba untuk mengkacukkan Asian Leopard Cat
dengan American Shorthair. Perkahwinan kacuk ini bertujuan mendapatkan pola
spotted wild cat pada kucing domestik. Selanjutnya anak betina keturunannya
disilangkan kembali dengan bapaknya sehingga dihasilkan anak kucing dengan pola
spotted yang kemudian dikenal dengan ras Bengal. Ras ini merupakan
keturunan dari wild cat dan masih jarang ditemui.
Nama Bengal ini
datangnya dari nama Latin bagi Asian Leopard Cat iaitu Feline
Bengalensis sering disebut sebagai Bengal Tiger. Domestik Bengal telah
mewarisi corak tompok liar yang eksotik dan mengagumkan daripada Asian Leopard
Cat, yang banyak dijumpai di Asia tengah.
Pada bulan februari 1998, seekor kucing bengal bernama Cato, memegang rekod
sebagai kucing termahal di dunia. Cato dibeli oleh Cindy Jackson (London,
Inggris) dengan harga 41,435 USD. Cindy sendiri adalah seorang pemegang rekor
dunia sebagai orang yang menjalani operasi plastik terbanyak terbanyak. Rekod
kucing termahal ini hanya bertahan hingga tahun 2005.
Melanjutkan program pengkacukkan tersebut untuk mendapatkan the Asian Leopard Cat yang tahan terhadap penyakit Feline Leukemia yang disebabkan oleh sejenis virus. Tahun 1983 ras ini didaftarkan di kelab TICA.
Dengan bentuk
badan yang besar dan gagah, bengal mendapatkan sebahagian ciri fizikal leluhurnya
yang merupakan kucing liar. Kucing betina dewasa mempunyai berat badan sekitar
4-5 Kg, sedangkan kucing jantan boleh mencapai berat 10 Kg.
Bentuk kepala kucing bengal besar dan agak panjang, tetapi lebih kecil dibandingkan bentuk tubuhnya. Lehernya besar, panjang dan berotot, seimbang dengan ukuran kepala. Hidung besar dan lebar, sedangkan kulit hidung berwarna merah dengan garis luar hitam. Telinga sedang dan menghadap kedepan. Mata lebar dan bulat seperti buah almond, berwarna hijau atau amber.
Pola warna bengal sangat khas yaitu tabby spotted yang berwarna kehitam-hitaman, coklat atau cinnamon, dan garis horizontal hitam dibagian pundak, serta lingkaran berbentuk cincin pada ekor dengan ujung berwarna gelap. Warna dasar orange lebih disukai. Dikenal juga pola classic tabby yang terlihat seperti pola oyster di bagian paha dan pola kupu-kupu di bagian bahu.
Sifat Dan Ketrampilan Ras Bengal adalah kucing yang cerdas dan aktif. Salah satu ciri khasnya adalah kesukaan akan air, mereka tidak keberatan sebahagian tubuhnya basah oleh air. Mereka suka sekali mandi dan berendam dalam 'bathtub' bersama pemiliknya.
Breed yang sangat cantik ini merupakan kucing yang penyayang, sangat mengasihi dan suka berkawan di samping mengekalkan ciri unik keluarga liarnya. Kucing Bengal ini bersaiz sederhana dan besar berbanding kucingshorthaired yang lain. Kucing Bengal juga mempunyai tubuh berotot dengan susuk yang panjang, menampakkan ia lebih besar. Penampilan mereka juga lebih tegap dan teguh.
Bahagian kepala mereka mempunyai riak liar dan menggentarkan dengan telinga bulat kecil, tandaan belang dan tompok yang mendalam pada bahagian muka serta lapis misai yang nyata. Di sebalik struktur fizikal yang mengingatkan kita kepada moyangnya di hutan liar, kucing Bengal adalah kucing yang mempunyai sifat kasih yang mengagumkan.
Kucing Bengal amat sesuai untuk berdamping dengan anak-anak kecil dan binatang peliharaan lain. Kucing yang cantik ini pasti akan menyerikan mana-mana rumah dan menjadi teman setia manusia.
- Kucing Bengal mempunyai enam warna rasmi iaitu brown-black spotted, brown-black marbled,snow-spotted dan snow-marbled. Variasi popular adalah brown-black spotted kerana ia paling hampir menyerupai penampilan Asian Leopard Cat.
- Brown spotted dan brown marbled mempunyai mata yang besar, ekspresif, berjaga-jaga, berbentuk almond berwarna biru atau hijau. Snow pula boleh dijumpai dengan mata berwarna biru atau lain-lain warna.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
Nice entry..^_^
ReplyDelete